Begitulah tajuk buku tentang Pengurusan Kewangan Islam yang telah menarik hati saya untuk memilikinya. Alhamdulillah, pelaburan saya membeli buku yang hebat ini benar-benar telah mengubah pandangan dan tindakan saya dalam mengurus kewangan sendiri.
Sedarlah saya bahawa bukan berapa yang kita peroleh, tetapi bagaimana kita menguruskannya, itu lebih utama.
Kini, banyak dapat saya pelajari hasil didikan dan tunjuk ajar
mentor-mentor yang saya hormati,
Puan Hajah Rohani, Tuan Haji Mahdzir dan Puan Hajah Murni.
Juga sokongan dari ibu dan suami tercinta, sentiasa memberi kekuatan.
Semoga segala perkongsian dapat dimanfaatkan buat diri dan ummah insyaAllah.
Selamat datang 2012. Berazam urus kewangan dengan lebih baik.
Kenaikan gaji tanpa pembaikan pengurusan kewangan sudah tentu tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada keadaan kewangan keluarga. Percayalah.
(Petikan bab Naik Gaji Naik Pelaburan)